Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2016

Usah Lagi Seorang Diri

Tajuk : Usah Lagi Seorang Diri
Tema / Genre : Lif / Seram
Penulis : Ayubalqishah




BUNYI WhatsApp dari Honor 5x Dhia, telah memutuskan lamunannya sedari tadi yang masih berteleku di tikar sejadah. Siapa pula pagi-pagi buta ni, hantar WhatsApp. Dhia menggeretu di dalam hati. Lalu Dhia bangun dan terus mencapai telefon bimbitnya yang berada di meja sisi katil. Dhia duduk di kepala katil, bantal tidur diletakkan di belakang tubuhnya, lalu bersandar santai. Telekung masih setia terbungkus ditubuhnya. Kau jadi ke datang awal hari ni? - Nani Mestilah jadi. Akukan memang hari-hari orang pertama yang akan terpacak depan 'office' selepas pak 'guard'. - Dhia 'Okay' cun! Aku tunggu sana. Jam 7 aku sampai. Kau jangan lupa, belikan aku nasi lemak Cik Timah tu. Lauk sambal sotong. - Nani Insya ALLAH. - Dhia Dhia Adriana, merupakan pekerja baru di Kemboja Holding sebagai Interior Designer. Dan dia juga merupakan pekerja paling awal sampai ke pejabat. Baginya, selepas solat subuhlah, …