21 Dis 2013

Ayam Masak Merah dan Sawi dan Lobak Merah Tumis Lada Hitam

Tengahari ni saya masak ayam masak merah,manakala adik saya masak sayur.







Bahan yg di perlukan :
~ seekor ayam
~ potong ayam ikut citarasa yg korang nak.. basuh, lumur garam + kunyit dan goreng separuh masak.

Bahan kisar 1 ( kisar halus )
~ 4 biji bawang besar
~ 5 biji bawang merah
~ 5 ulas bawang putih
~ 2 cm halia
Bahan Kisar 2
~ 15 atau 20 tangkai cili kering.. di gunting, buang sikit bijinya.. rebus sebentar.. baru kisar..
Bahan di hiris :
~ 3 biji bawang besar ( lagi sedap bwg holland)
~ 5 ulas bawang putih
~ 2 cm halia ( saya hiris jd 4 bahagian)
~ 2 kuntum bunga lawang ( jangan hiris pulak ya )
~ seketul kayu manis ( jangan hiris pulak ya )


Bahan tambahan
~ 2 sudu besar sos cili
~ 60 ml santan ( saya guna santan kotak je)
~ 250 ml air ( lebihkan sikit pun takpe)
~ 3 biji tomato yg di potong 4 bahagian
~ garam secukup rasa
~minyak utk menumis
 cara masak :-
Tumis bahan dihiris .. sampai bawang agak layu .. lepas tu masukkan bahan kisar halus,kacau rata dan baru masukkan bahan kisar 2 dan juga sos cili.Tumis sampai pecah minyak.Lepas tu masukkan ayam yang dogoreng separuh masak tadi.Kemudian gaulkan rata.Biar sekejap dan masukkan air ( mengikut sukatan sendiri ) lepas tu baru masukkan santan dan bahan perasa seperti garam.Dan akhir sekali baru lah letak tomato.DAH SIAP!selamat mencuba.

P/S : kalau tak nak letak santan pun ok.kalau letak santan ni,biasanya bertambah sedap kalau makan dengan nasi tomato.
Masak sayur pulak : -
Sawi + Lobak merah dipotong mengikut kesukaan
ikan bilis + bawang merah 2 biji + bawang putih 1 biji + lada hitam (sukatan ikut kesukaan,nak pedas letak lebih ) ,tumbuk dan tumis kan semuanya.last sekali masuk sayur.Dan jangan lupa letak garam + air.tara dh siap jugak. :)

Untuk menu petang santai,saya ada buat Mee Goreng Mamak





Catat Ulasan

Terima kasih kerana meninggalkan jejak

0 ulasan:



 
Copyright @2019 Ayu Balqishah | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com