Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2013

Demam Batuk Dan Selsema

Nailah demam,batuk,selsema..

malam tadi jugak dari jam 8 mlm sampai kul 10.15 malam dia asyik menangis.Ibu pun nangis sekali sebab risaukan dia..

rasanya my baby kembung perut kot..nak kata ada kesilapan makan,benda yang lain makan malam tadi,sayur peria jelah.lepas tu puding roti.tapi hati berkata-kata macam ayam goreng spicy tu rasa macam tak kena..lepas tu peria tu terletak sambal sardin.disebabkan czer waktu nak lahirkan Nailah,sampai sekarang masih berpantang dari makan seafood dan termasuklah makanan yang leh menyebabkan gatal..

mulai hari ni memamg dah tekad nak makan lebih untuk sayur..walaupun memang dah makan lebih tapi kali ni memang nak berlebih-lebih,heheh..dan paling penting makanan berangin memang tak boleh makan lagi..coz Nailah BF dengan saya.

waktu tengah menaip ni,Nailah baru je tido,selepas terjaga dan merengek jam 10 pagi tadi..sekejap lagi kalau nafas dia masih bunyi krok2 memang saya akan bawa ke klinik untuk tindakan lanjut.kalau nak pergi sekarang ayahnya teng…

Kuih badak berendam MUDAH!

ha.. baru jap2 ni sy buat kuih badak berendam..bluehyppo..heheh..
sy share pic nya ya hihi..


senang je nak buatnya ni..okay mula2 prepair untuk doh nya..
tepung pulut sukatan mengikut kesukaan anda sendiri,macam saya,saya guna separuh dari bungkusan tu.masukkan air dan garam.uli sehingga menjadi doh dan tak melekat.
lepas tu standby untuk intinya .. kelapa parut,gula kabung,gula pasir  *masak dalam kuali,campurkan sekali + air / air kelapa tadi tu untuk lagi sedap ..
dan masak hingga kering ya..

lepas tu masukkan inti kedalam doh,dan bentukkan menjadi bentuk kesukaan anda,macam saya ada macam-macam bentuk..
kuah :-
saya guna santan kotak+air+garam..panaskan atas api
doh yang dah siap tadi celurkan dalam air mendidih dalam periuk..dan tunggu sehingga badak-badak tersebut timbul dipermukaan.setelah timbul,ambil doh tersebut masukkan kedalam kuah santan tadi...:)..yay dh boleh makan dah... kat bawah ni doh yang belum dimasak.

rasanya memang sangat mengancam,setelah boring asyik buat Cucu…

Kenanganku bersamamu 1

Entah kenapa malam ini terasa begitu dingin.Serasa bahagia melihat wajahmu tenang dalam lenamu.Cuma mungkin akan tersentak sedikit oleh bunyian yang datangnya dari kelilingmu.syukur ke hadrat Ilahi diatas kurniaan dariNya.

Pernah suatu hari,aku berasa sangat sepi.Sehingga aku sendiri berasa serba tidak kena.Sehingga aku berasa seperti aku tidak bahagia.Walhalnya akulah punca ketidak adanya bahagia itu.Sering memandang ke belakang.

Namun saat ini dan detik ini,aku berjanji pada Tuhan akan menjaga hartaku dengan sebaiknya.Hampir 2 tahun lebih kami menanti,akhirnya mimpi menjadi kenyataan.

Jika diingat kembali detik aku terlalu sakit pinggang dibahagian kanan,doktor mengesahkan aku ada pertumbuhan.Ketika itu memang datang bulanku tidak menentu.Sejak dari itu makanku dijaga,semuanya ku bataskan.Namun bukan penyakit itu yang ku risaukan tetapi kata-kata doktor pakar itu yang merumitkan.Doktor mengatakan aku tidak mungkin mengandung pada waktu terdekat ini.Dan mungkin juga langsung tidak bo…

Ayam Masak Merah dan Sawi dan Lobak Merah Tumis Lada Hitam

Tengahari ni saya masak ayam masak merah,manakala adik saya masak sayur.







Bahanygdiperlukan : ~ seekor ayam ~ potong ayam ikut citarasa yg korang nak.. basuh, lumur garam + kunyit dan goreng separuh masak.
Bahankisar 1 ( kisarhalus ) ~ 4 biji bawang besar ~ 5 biji bawang merah ~ 5 ulas bawang putih ~ 2 cm halia BahanKisar2 ~ 15 atau 20 tangkai cili kering.. di gunting, buang sikit bijinya.. rebus sebentar.. baru kisar.. Bahandihiris : ~ 3 biji bawang besar ( lagi sedap bwg holland) ~ 5 ulas bawang putih ~ 2 cm halia ( saya hiris jd 4 bahagian) ~ 2 kuntum bunga lawang ( jangan hiris pulak ya ) ~ seketul kayu manis ( jangan hiris pulak ya )

Bahantambahan ~ 2 sudu besar sos cili ~ 60 ml santan ( saya guna santan kotak je) ~ 250 ml air ( lebihkan sikit pun takpe) ~ 3 biji tomato yg di potong 4 bahagian ~ garam secukup rasa ~minyak utk menumis  cara masak :- Tumis bahan dihiris .. sampai bawang agak layu .. lepas tu masukkan bahan kisar halus,kacau rata dan baru masukkan bahan kisar 2 dan j…

Kuih Bijan Sedap

ha...
tetiba malam tadi saya begitu rajin nak buat kuih ni.. orang panggil kuih bom/bijan..bagi saya resepi dari ibu saya ni agak sedap..dan yang paling penting tak meletup bila goreng..nak tau resepinya?mudah je..tapi untuk sukatan tu,saya tak ikut sangat pun..saya main agak je..

ok untuk doh :-

tepung pulut lebihkan sikit + tepung gandum
air,santan ..
uli sampai jadi doh yang senang dibentuk nanti

 intinya pula :-


gula kabung
 kelapa parut,gula kabung,gula pasir
 *masak dalam kuali,campurkan sekali + air / air kelapa tadi tu untuk lagi sedap ..
dan masak hingga kering ya..




lepas tu masukkan inti,dan bentuk kan jadi bulat-bulat,lepas tu salutkan dengan bijan.
biarkan dalam sejam,baru goreng.jangan lupa untuk tutup doh yang dah siap tu sebelum digoreng,takut masuk angin nanti dia keras pulak..

SELAMAT MENCUBA!


harap faham lah ya hihihi .. tak faham leh tanya..

nak tengok tak kuih raya pertama yang saya buat ? klik di sini