Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2011

Ayam masak lemak cili api

Assalammualaikum..hye semua ... heheh nampak x pic apa tu? tu lah pic masakan dari saya..:) saje nak berkongsi..n sesape kalau nak try masakan yg sgt mudah ni..saya dh bg resepinya sekali..   Bahan-bahan ( 2 org mkn )santan kelapa dari kotak kecik(ambik setengah sahaja bawang merah 2 ulas (ditumbuk) bawang putih 3 ulas (ditumbuk) cili padi 12 biji (ditumbuk) sekeping asam keping sebatang serai (dititik) setengah sudu kecik serbuk kunyit ayam 6 ketul Cara-cara campurkan santan bersama air di dalam periuk dan dikacau (jgn letak atas api lagi) masukkan bawang merah, bawang putih, cili padi, asam keping, serai, kunyit dan ayam. kacau sehingga serbuk kunyit tidak berketul. kemudian letak periuk di atas api yg paling kecil dan kacau. kacau sehingga mendidih dan siap utk dihidangkan. Dekat rumah ni kalau masak ayam memang insyaAllah akan laku.. sebelum ni dah buat Ayam Masak Merah

Purdah dan Ganjil

Adakah mereka perlu jadi baik dulu sebelum menutup aurat dengan memakai tudung? Apakah terdapat syarat mempunyai akhlak yang baik baru memakai pakaian seperti yang digariskan syarak?
berdating malah berzina, maka tudung itu yang salah? Adakah tudung yang salah dan purdah yang salah? Ataukah perbuatan berdating atau berzina itu yang salah? Adakah dalam Islam ni, bila kita nak mengamalkan sesuatu perintah Allah, mesti sudah sempurna perintah yang lain baru boleh lakukan perintah seterusnya?
Semoga sesiapa yang post ana kali ini,dapat memahami keadaan ana..jangan lah lagi mengatakan..memakai purdahperlu  tinggi ilmunya,baik imannya ... kerna ana juga sedang berusaha ke arah itu..
Berpurdah?ia pilihan ana sekarang..memakai purdah adalah menjadi cita-cita ana sejak di bangku sekolah lagi,namun untuk melaksanakannya pada masa itu..belum kuat lagi. Sekarang setelah memakai purdah,bermacam-macam yang ana tempuhi.Walaupun baru sebulan memakainya.
Sehinggalah hari ini,ada yang menanyakan,”hai ...…

main rebana :)

Rebana ialah sejenis alat muzik tradisional yang sering dimainkan bagi mengiringi lagu-lagubudaya.
Bagi masyarakat Melayu di negeri Pahang, permainan rebana sangat popular, terutamanya di kalangan penduduk di sekitar Sungai Pahang. Tepukan rebana adalah bagi mengiringi lagu-lagu tradisional seperti indong-indong dan pelanduk-pelanduk.
Selain daripada rebana bersaiz biasa, terdapat juga rebana besar yang dimainkan pada hari keraian bagi pertandingan menghasilkan bunyi dan irama yang dikenali sebagai Rebana Ubi.

Ahad yg lalu anak sepupu kahwin..ana ikut bersama suami...best tgk mak main rebana bersama saudara mara dan teman2nya :)...tapi ana terlupa ambil pic orang kawin tu..hikhik..setahu ana,anak sepupu mak ana berkahwin dengan lelaki dari kuwait yg baru setahun sahaja memeluk agama ISLAM..semoga perhubungan mereka hingga ke sana..amin