Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2011

Nebulizer

Pengalaman itu bermakna dari hanya kedengaran :)

20-21 ogos aritu,ana ditakdirkan men’join’ ESQ.Mula2 memg ana agk menentang habis program ni.Bagi ana ianya hanya motivasi biasa yg kita boleh perolehi kat mana2 anjuran motivasi yg lain atau pun kalu inginkan ilmu agama bukan ke kita boleh pergi ke masjid2,surau,join majlis ilmu atau pun senang gi je pondok…namun akhirnya apabila di ats nasihat,pandangan dan kata2 semangat oleh org2 yg berdekatan dgn ana,akhirnya ana pasrah heheheeh..
Mula2 sampai je kat hotel Flamingo pagi tu,ana dah pikir nak lari hehehe…dah la awl pagi pas Subuh kena siap2 tanat ramai pulak nanti bila time pendaftaran..adesss.. Habis je proses pendaftaran,ana pun melangkah masuk ke dewan flamingo.Ana difahamkan seramai 300 orang pendaftar baru pada hari tu..Alumni nya pulak ramai jugaklah yg dating,tapi tak masuk sekali dalam dewan tu.Mereka ditempatkan ditingkat ats..termasuklah suami ku yg memegang title alumni..haish..
Akhirnya tibalah masa yg dinanti..mula2 ana agk boring..mgkin keikhlasan belum sepenuhnya di…

dihati ini Hanya Tuhan yang tahu..

Alhamdulillah..semalam berbuka bersama keluarga sebelah suami dan bersama anak2 yatim...hati kecil ini terdetik sebenarnya,aku beruntung punya mak dan ayah..namun mereka..teringat hadis
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Orang-orang yang bertanggungjawab mengurus anak yatim, baik dari keluarga sendiri atau tidak, maka aku dan dia seperti dua ini di syurga kelak.” Dan baginda memberi isyarat dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah (ertinya berdekatan).”



Akibat kematian ayah atau ibu, seorang anak akan merasakan suatu kekosongan dalam hidupnya. Kosong dari curahan kasih sayang dan segala aspek yang memenuhi keperluan hidup seperti makan, minum, pakaian, dan lain-lain. Ini menyebabkan seseorang anak yatim itu selalu dihantui oleh perasaan sedih dan hampa. Realiti yang ada di tengah masyarakat sekarang menunjukkan bahawa majoriti anak yatim yang tidak mendapat perhatian yang sewajarnya mengharungi kehidupan yang begitu sukar, menyedihkan dan t…

Kemaafan Dendam yang terindah

semoga Tuhan merahmati saya dan anda semua..hari ni rasa cam janggal sangat .. tak tahulah kenapa..
hari ini juga saya ingin memaafkan semua kesalahan orang thadap saya..dan saya berharap juga kepada sesiapa yg telah saya sakitkan hati,guriskan perasaan,saya benar2 mohon maaf.dan kepada Tuhan saya memohon ampun..moga saya dan anda semua berada didalam org2 yg mndapat keampunanNya..


hari ini juga saya berharap saya dapat mnjadi lebih baik dari semalam...
dan saya berharap agar perubahan yg akn saya lakukan ini akan mendapat keredhaan..

Ya Allah lindungilah aku dari segala macam fitnah dan noda..dekatkanlah aku padaMu..lindungilah aku .. masuklah aku serta kedua ibapaku,suamiku,seluruh ahli keluargaku,saudara maraku dan saudara seIslam ku ke syurgaMu ya Allah....dan berkatilah hidup kami...limpahkanlah rezeki yg halal...jauhilah kami dari  melakukan pkara yg mungkar.hanya padaMu ku bersujud...dan hanya padaMu aku meminta pertolongan.

Sombong tiada faedahnya...

manusia hari ini kadang2 di hadapan 'pijak semut pun x mati'..haish...geram pun ada...tapi itulah..apa yg aku boleh buat sekarang hanyalah bersabar ..kadang2 tu pulak sombong x btempat ... argh tension2 .... apa yg aku nak kata hari ini .. dan wat masa ini ... ialah HARTA SEBANYAK MANA PUN .. SATU HARI NANTI PASTI KITA AKAN TINGGALKANNYA JUA ...  jadi tidak perlu lah meninggi diri , mendabik dada .. kerana semua di muka bumi ini hanya lah pinjaman .... 


Dunia Hanya Sementara  Hadith :
Dari Ibnu Ibnu Umar r.a katanya: rasulullah S.A.W memegang bahuku lalu ia bersabda:” Dan adalah Ibnu Umar r.a berkata:”Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi; dan apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu petang. Dan gunakanlah dari sihat engkau bagi masa sakit engkau dan dari hidup engkau bagi masa mati engkau.


(al-Bukhari)




Sifat angkuh dan sombong telah banyak membinasakan makhluk  Allah s.w.t., bermula  dari peristiwa pengusiran…

Solat Terawih dan kepalsuan Hadis mengenai kelebihannya

Peringatan Nabi s.a.w kepada para penyebar hadith palsu:

عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِى طَالِبٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : لاَ تَكْذِبُوْاعَلَيَّ, فَإِنَّهُ مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ فَلْيَلِجِ النَّارِ.

"Dari Ali bin Abi Thalib r.a, dia berkata: Rasulullah s.a.w: Janganlah kamu berbohong atas (nama)ku! Sesungguhnya sesiapa yang berbohong atas (nama)ku, maka hendaklah dia masuk ke (dalam) neraka." - H/R al-Bukhari 1/35, Muslim 1/7, al-Tirmidzi 4/142, Ibn Majah (no. 31) dan Ahmad 1/83.

Sabdanya lagi:

يَقُلْ عَلَيَّ مَا لَمْ أَقُلْ فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ.

"Barangsiapa yang menyebutkan sesuatu dariku sedangkan aku tidak pernah menyebutnya, maka dia telah menempah tempatnya di dalam neraka." - H/R al-Bukhari (no.109).

Assalammualaikum semua...apa khabar anda hari ini?diharap semua baik2 saja dan yang penting PUASA ya! ok kali ni saya nak kongsi sedikit info yg sy ketahui ttg tajuk diats..:)


Firman Allah SWT di dalam …

contohi Salafussoleh mengimarahkan Ramadhan

Banyak zikrullah dan solat sunat          Perbanyakkanlah zikir, istighfar dan solat sunat kerana kita pernah membaca sejarah di mana Khalifah Harun ar-Rasyid, Imam Ahmad, Imam Syafie dan Imam Malik melakukan solat sunat tidak kurang daripada 200 rakaat sehari.

     2. Khatam al-Quran
Khatam al-Quran samada dalam solat atau luarnya dalam masa 3 hari, satu minggu mahu pun 10 hari. Saidina Uthman bin Affan khatam al-Quran setiap hari pada Ramadan. Imam Syafie akan mengkhatamkan al-Quran sebanyak 60 kali sepanjang Ramadhan.


     3. Menjamu orang berbuka puasa
Hasan Basri dan Ibnu Mubarak memberi makan para sahabatnya sedangkan mereka sendiri berpuasa disamping melayani dan berkhidmat untuk tetamu.

- Hammad bin Sulaiman pula akan menghidangkan juadah berbuka puasa untuk 500 orang ketika Ramadhan dan memberikan 100 dirham setiap tetamu pada hari raya