1 Sep 2011

main rebana :)

Rebana ialah sejenis alat muzik tradisional yang sering dimainkan bagi mengiringi lagu-lagu budaya.
Bagi masyarakat Melayu di negeri Pahang, permainan rebana sangat popular, terutamanya di kalangan penduduk di sekitar Sungai Pahang. Tepukan rebana adalah bagi mengiringi lagu-lagu tradisional seperti indong-indong dan pelanduk-pelanduk.
Selain daripada rebana bersaiz biasa, terdapat juga rebana besar yang dimainkan pada hari keraian bagi pertandingan menghasilkan bunyi dan irama yang dikenali sebagai Rebana Ubi.

Ahad yg lalu anak sepupu kahwin..ana ikut bersama suami...best tgk mak main rebana bersama saudara mara dan teman2nya :)...tapi ana terlupa ambil pic orang kawin tu..hikhik..setahu ana,anak sepupu mak ana berkahwin dengan lelaki dari kuwait yg baru setahun sahaja memeluk agama ISLAM..semoga perhubungan mereka hingga ke sana..amin





Catat Ulasan

Terima kasih kerana meninggalkan jejak

0 ulasan:



 
Copyright @2019 Ayu Balqishah | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com