Mar 21, 2010

Hati sayu

Masinnya air laut tak mampu menyerap ke dalam isi ikan.. tetapi bila ikan sudah mati, secubit garam pun sudah cukup untuk memasinkannya... begitulah juga hati, hati yang hidup sangat sukar dinodai tetapi bila hati telah mati, mudahnya dipengaruhi.. Semoga Allah sentiasa memelihara hati kita.. Hati yang dipilih Allah untuk mendapat hidayahNya sudah tentu hati yang menyesali akan dosa2nya...sama2lah kita renung2kan..terima kasih utk kata peringatan ini...dri sahabat yg amat disayangi..


Hari ini mendengar rintihan sahabat yang dicintai tentang cintanya...Moga yang terbaik untuknya dan semoga pertolongan Allah SWT sentiasa bersamanya...


hari ini ada juga yang menyatakan perasaan seperti dahulunya..namun hati ini sudah dimiliki namun masih belum pasti adakah akan sampai akhir nnti,bagaikan sudah tertutup hubungan ini..bukan kerana membenci tetapi sudah rasa tidak mampu lagi dibenci mungkin..kepada si dia moga Allah SWT jua membantumu dalam mencari apa yang dicari..semoga berjumpa dan terjumpa mungkin...


Hadis riwayat Anas ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: Janganlah seorang di antara kamu mengharapkan kematian kerana musibah yang menimpanya dan apabila dia memang harus mengharapkan, sebaiknya dia berkata: Ya Allah! Hidupkanlah aku selama kehidupan itu yang terbaik bagiku, dan matikanlah aku jika kematian itu yang terbaik bagiku.


semoga hari ini menjadi lebih baik dari semalam untukku..menjadi yang terbaik untukku..
terkadang hati ini , jiwa ini merintih...memikirkan apa sebenarnya yang terjadi pada ku..kenapa dan mengapa ini yang harus ku terima...apakah kerana ada dosa yang tercalit dahulunya...dan kini ia perlu dihapuskan?wallahualam misawab..


Hadis riwayat Ubadah bin Shamit ra.: Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Barang siapa menyukai pertemuan dengan Allah, maka Allah akan menyukai pertemuan dengannya, dan barang siapa yang tidak menyukai pertemuan dengan Allah, maka Allah tidak akan menyukai pertemuan dengannya.


dan hari ini juga,daku mengharapkan agar diri ini kuat untuk melaksanakan tanggungjawabku seperti biasa yang sudah hampir seminggu aku meninggalkannya..masyaAllah..kadang dan terkadang aku terpikir ..kenapa mesti aku yang merasa seperti ini..moga pahit ini akan manis yang aku lalui..aku sudah tidak mampu menelan ubat di dunia ini..moga cepat sembuh..ya Allah..


dan doa diakhir ini...


Hadis riwayat Abu Musa Al-Asy`ari ra.: Bahwa Rasulullah saw. selalu berdoa dengan membaca: "Ya Allah, ampunilah kesalahan dan kebodohanku, dan juga sikap berlebihanku dalam segala urusanku dan segala yang Engkau lebih mengetahui daripadaku. Ya Allah! Ampunilah kesungguhanku dan kelakarku, dan ketidaksengajaanku dan kesengajaanku serta semua yang ada di sisiku. Ya Allah, ampunilah dosa yang telah aku lakukan dan yang belum aku lakukan, yang aku lakukan secara sembunyi maupun yang aku lakukan secara terang-terangan serta segala yang Engkau lebih mengetahui daripadaku. Engkaulah Yang Maha Mendahului dan Yang Maha Mengakhiri dan Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu"  


ampunilah hambaMu ini  Ya ALLAH...




 



Share This:   FacebookTwitterGoogle+

selamat hari lahir tuk diri sendiri

huhuhu...18 mac tahun ni,dah 23 umur aku....n taun ni paling ramai wish...hikhik..seronok coz rs dihargai walaupun hanya sekadar ucapan..namun amat bharga bg aku....n kat cni nak kongsi pic hadiah yg aku dpt...


terima kasih syukran jazilan thank you kepada yg wish n yg bg hadiah...luv u all
Share This:   FacebookTwitterGoogle+

Mar 11, 2010

Tidur mengingatkan mati



APABILA membuka mata dari tidur setiap pagi, bacalah doa kesyukuran kerana usia kita dipanjangkan Allah (SWT), terselamat daripada kelalaian dan kelemahan tidur.
Tidur adalah kemestian bagi manusia. Memang pelik dan ganjil jika ada manusia berkata mereka tidak pernah tidur sepanjang hidupnya.
Manusia bukannya enjin, ia perlukan rehat. Enjin pun bekerja jika ada minyak atau elektrik, itupun enjin tidak kekal lama jika digerakkan tanpa henti.
Walaupun manusia mendapat makanan dan minuman mencukupi, mereka akan penat jika bekerja tanpa rehat. Justeru, cara terbaik ialah berehat atau tidur untuk me mulihkan tenaga.
Selain itu, kita hendaklah insaf pintu taubat masih terbuka. Dan, ketahuilah tidur itu adalah pelajaran bagi yang hidup merasai setengah kematian. Melalui tidur, Tuhan mengajar kita mengingati kematian.
Melalui tidur, Tuhan mengajar kita hikmah mimpi. Dan, adab tidur juga Tuhan tunjukkan kita melalui Nabi. Betapa syumulnya Islam, membimbing hal yang kecil hingga perkara yang besar.
Berwuduklah sebelum tidur kerana Allah (SWT) akan memelihara roh kita di sisi-Nya. Tetapi, jika tidur tanpa wuduk, Tuhan tidak akan memandang kita dan membiarkan jin dan syaitan mengganggu kita. Itulah kita sering dibuai mimpi kosong yang tidak berfaedah.
Tidurlah di atas rusuk kanan dan menghadap kiblat kerana ia satu cara wahyu diturunkan. Mimpi yang benar adalah mimpi diberkati Tuhan.
Tidurlah apabila rasa mengantuk. Dengan tidur, anggota tubuh akan mendapat kerehatan dan tenaga akan pulih kembali. Usahlah tidur berlebih-lebihan kerana perbuatan itu akan mengakibatkan badan menjadi letih dan lesu. Akal fikiran akan menjadi lemah.
Jangan pula tidak tidur berpanjangan kerana dengan berbuat demikian kewarasan fikiran akan hilang. Tidurlah sekadar sebagaimana disyorkan Islam, ditunjukkan oleh Nabi s.a.w iaitu tidur sebelum Zuhur.
Gunakanlah masa pada siang hari untuk menguruskan pentadbiran dunia. Tidurlah sedikit pada waktu malam dan bangun memperhambakan diri dari tengah malam hingga ke pagi. Inilah contoh tidur yang ideal dan amalan manusia - hamba yang mencari keredaan Tuhannya.
Jauhkan diri kita daripada amalan tidur dua kali pada siang hari kerana amalan itu perbuatan syaitan. Hindarkan diri daripada tidur terlalu lama supaya tidak dikencing syaitan. Janganlah tidur siang menjadi kemestian kerana tabiat ini akan mengeruhkan wajah dan rezeki menjadi mahal.
Berusahalah menjaga adab tidur, elakkan menelentang, kaki bersilang atau tertiarap dan mengangkat punggung. Tutuplah aurat dan tidurlah di tempat yang terselamat daripada fitnah. Berlindunglah kepada Allah (SWT), insya-Allah (SWT) diri kita akan mendapat berkat.
Ingatlah masalah tidur sering dianggap remeh dalam hidup ini tetapi pada hakiktnya ia adalah jurang yang dalam yang berupaya mengakibatkan diri kita hidup tak terancang, hilang matlamat dan hilang punca.
Syaitan bersumpah dengan tiga perkara. Selagi makhluk Allah (SWT) yang bernama manusia melakukannya, selagi itulah pintu kesesatan terbuka luas dan mudah bagi mereka mem perdayakannya.

Tiga perkara itu ialah :

i. keinginan untuk makan
ii. keinginan terhadap perempuan
iii. keinginan untuk tidur
Selama mana ketiga-tiga keinginan ini terus subur dalam diri manusia, selagi itulah tidak ada kegagalan untuk syaitan menyesatkan manusia
Share This:   FacebookTwitterGoogle+

Followers

My 1st novel

My 1st novel
sudilah baca ya

Warkah Seharum Cinta FAN

sahabat sedang menambah ilmu

Popular Posts

Powered by Blogger.

Chat

Copyright © . | Powered by Blogger
Design by Blog Oh! Blog | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com