Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2009

Bacalah KalamNya

Amalam membaca Al-Quran adalah salah satu daripada ciri-ciri budaya Islam yang sewajarnya dilakukan sepanjang masa dan sepanjang hayat.Bukan sahaja pahala dan fadhilat yang kita perolehi,malahan ia menjadi salah satu syi'ar agama Islam yang dapat dilihat dan dicontohi oleh orang-orang bukan Islam.Semakin hari kita seolah-olah telah kembali ke zaman jahilliyah.Jika dilihat sekeliling hanya segelintir yang betul-betul menghayati dan mentaati suruhanNya.Sudahlah begitu kadang-kala penampilan Islamik yang ditonjolkan,seringkali dipandang seolah-olah kita begitu asing dinegara yang digelar 'Negara Islam' ini.Ada juga yang masih alpha sibuk mengejar dunia,namun akhirat ditinggalkan.Sibuk mengejar kekayaan yang sementara.Apa yang ditakuti kini telah pun terjadi.

Rasulullah SAW didalam hadis nya bersabda:-

"Sesungguhnya hal-hal yang paling aku takutkan mengenai kamu semua ialah 2 perkara iaitu,mengikut hawa nafsu dan panjang angan-angan.Mengikut hawa nafsu itu dapat menutup keb…

Bagaimanakah Rupanya Neraka?

Jika kita boleh melihat sendiri keadaan api neraka itu,pasti kita akan berasa insaf dan tidak lagi melakukan perkara yang boleh mendekatkan kita kepadanya.Walaupun sudah ditunjukkan imej matahari yang diperolehi oleh
Royal Swedish Academy Of
Science pada 14 nov 2002 melalui Swedish Solar Telescopepada jarak dekat iaitu 5000 km dari matahari.Kita tidak dapat membayangkan bagaimana pula keadaan api neraka kelak.Wahai teman-temanku insaflah selagi kita diberi masa untuk bertaubat.Jauhilah perkara-perkara terlarang.
" Wahai orang-orang yang beriman. Jagalah dirimu, keluargamu daripada
api neraka. Bahan-bahan bakarnya adalah manusia dan batu-batu. Sedangkan
penjaganya itu adalah para malaikat yang gagah lagi bengis. mereka tu
tidak menderhakai Alah, mereka itu melakukan apa saja yang diperintahkan
kepadanya". At-Tahrim ayat 6

Neraka merupakan api yang sangat panas, berjuta kali ganda panasnya
berbanding dengan api didunia ini. Sekiranya jatuh serpihan api neraka walaupun sebesar z…

Luahan Hati Ini

PIC DIATAS BUKANLAH BILIKKU...IA TELAH DI UPLOAD DI WEB YG AKU SENDIRI SUDAH LUPA...CANTIKKAN?BILALAH DAPAT BILIK CAM NI..KOMPEM DAPAT TIDO LENA..:)


Masuk hari ni hampir seminggu aku x tidur seperti manusia biasa,yang waktu malamnya tidur.Tapi aku?Argh....kadang-kadang tersa sedikit tertekan.aku hanya boleh tidur dalam pukul 9/10 pg hggalah nak masuk Zohor.Selepas itu aku akan aktif seperti biasa.Tidur aku tidak mencukupi perjam yg spttnya.Apa lah ptt aku buat sekarang?ada juga yg mberi pdapat,ada bgus juga aku tidak dapat tidur malam kerana aku bolehlah sering bertahajud waktu itu dan mngambil kesempatan untuk merintih pd yg Esa.Meluahkan sgl yg tpendam,bkongsi masalah dgnNya.kerana waktu itu adalah diantara waktu terbaik utk kita berdoa.Seperti apa yg dianjur oleh Rasulullah SAW yg ditutur kembali olh Bilal r.a."Hendaklah kamu rajin bangun malam(bertahajud) sbb hal itu tlh mjadi kebiasaan para salih sblmmu.Dan yg mnyebabkan kamu dkt dgnNya.Juga dihapuskan dosa2 kamu,sekaligus p…

Haram Bersentuhan Bukan Mahram

Baginda Rasulullah SAW:-
"Dan seseorang yang bersentuh dengan babi yang berlumuran dengan busuk lebih baik daripada bersentuhan dengan bahu wanita yang tidak halal baginya."(Riwayat Al-Tarmizi)

PENJELASAN TERHADAP FAHAMAN SYIAH

Tujuan sy meletakkan maksud dan segala tentang fahaman syiah ini adlh untuk bacaan para pbaca yg kurang mengerti ttg ini..


2-LATAR BELAKANG
2.1. Syiah di Malaysia merupakan satu kelompok pecahan dari umat Islam yang merangkumi lebih kurang 10% dari seluruh umat Islam di dunia1. Golongan Syiah ini berpecah kepada beberapa kumpulan. Tetapi di dalam buku penjelasan ini hanya disebut tiga (3) kumpulan yang terbesar iaitu:
i. Syiah Imam Dua Belas (ja'fariyah)
Kumpulan ini merupakan golongan Syiah yang terbesar di Iran dan merangkumi hampir 60% daripada penduduk Iraq. Golongan ini juga menjadi kumpulan minoriti di beberapa buah negara seperti Pakistan, Afghanistan, Lebanon dan Syria.
ii. Syiah Zaidiyah
Kumpulan yang dikenali dengan nama Syiah Imam Lima ini berkembang di Yaman dan hampir 40% daripada penduduk negara tersebut adalah pengikut Syiah Zaidiyah*.
iii. Syiah Ismailiyah
Kumpulan ini mempunyai Imam Tujuh dan pengikutnya dianggarkan seramai 2 juta orang. Kumpulan ini sekarang ber…